Selasa, 2 Jun 2015

Apakah Tugas Seorang Pengamal HSE? Jawapan dari Safetyman mungkin berada di luar kotak anda

Soalan atas ini soalan yang cliche. 
Banyak orang bertanya. Salah satu sebabnya ialah kerana mereka rasakan yang mereka tidak atau belum mengamalkan sepenuhnya apa yang dipelajari. 

Bagi saya, jawapannya ialah kita sedang membina satu sistem yang hidup yang tujuannya supaya sistem itu boleh berjalan sendiri walaupun pengamal HSE itu tiada di site. 

Sistem itu, bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerjanya. 

Sistem itu mungkin bernama, seperti OHSAS 18001 atau ISO 14001. 
Sistem itu juga mungkin hanyalah sebuah prosedur, SOP atau Work Instruction yang berasaskan PDCA (Plan Do Check Act). 

Sistem itu ada penjaganya dan ada pelaksananya. 
Pembinanya kita. Kemudian kita letakkan tanggungjawab orang yang berkenaan ke dalam sistem tersebut supaya ianya boleh berjalan. 

Kemudian kita jalankan sistem tersebut. 
Dari tahun ke tahun penambahbaikan ditambah sehinggalah sistem itu berjalan secara automatik. 
Bila audit kita lihat keberkesanannya dan tambah baik apa yang kurang. 

Banyak saya nampak sebelum ini pengamal HSE mencipta sistem yang menjerut leher sendiri. 
Contohnya sistem Permit To Work. Yang boleh approve dan tandatangan hanyalah pengamal HSE itu sendiri. 

Maka hasilnya nak tinggalkan kilang tak boleh. 
Siap kena datang pada waktu cuti dan weekend semata- mata nak tandatangan permit. 
Malahan ada yang kena marah sebab tak dapat dihubungi pada waktu cuti. 
Yang kesiannya member tu telefonnya habis bateri je sebenarnya. 

So bagi saya, apabila anda menuju ke arah pembinaan sistem yang automatik, maka anda akan menggunakan keseluruhan pengetahuan yang telah anda pelajari. 

Malah jawapan ini juga menjawab kepada soalan newbie dalam bidang ini iaitu "Nak mula dengan buat apa dulu ni?" 

Satu tips yang saya boleh kongsikan ialah apabila anda mengaturkan sesebuah kursus contohnya Kursus OSH Committee, gunakan program tersebut untuk pengaruhi team anda untuk "beli" sistem yang anda bina. 
Itulah masa yang paling sesuai untuk menggerakkan sesuatu sistem atau program seperti HSE Committee Inspection contohnya. 

Saya sebagai Learning Facilitator selalu bertanya sekiranya klien saya mahu melakukan begitu. 
Usah bazirkan sumber dan gunakan terus program kursus OSH Committee itu untuk menggerakkan apa yang patut digerakkan. 
Saya sangat suka bekerja dengan klien yang bijak dalam perancangan dan strategi. 

Dan sekiranya anda, sebagai seorang Pengamal HSE berminat untuk pelajari bagaimana hendak membina sistem yang "hidup", emelkan kepada saya dengan subjek "Sistem OSH" beserta dengan Nama Penuh dan No. Telefon anda. 


Sekiranya info ini bermanfaat kepada anda, mohon tinggalkan komen membina anda di bahagian komen. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan