Selasa, 6 Mei 2014

Skylift atau cherry picker: Apa yang perlu diperiksa?


Sky lift adalah mesin yg paling berguna dalam kerja tempat tinggi.
Ianya mudah alih, mudah pergi ke tempat tinggi dan operasinya yang tidak rumit.
Kosnya juga tidaklah terlalu tinggi utk disewa.

Apabila mesin ini dijemput datang, maka tugas saya lah untuk memeriksanya. Berikut adalah beberapa point asas pemeriksaan saya.

1. Sijil PMA. Ya mesin ini mempunyai sijil PMA

2. Keadaan outrigger. Tiada kebocoran dibenarkan

3. Asap yg dikeluarkan. Tiada asap hitam dibenarkan terutama sekali bila digunakan dalam bangunan

4. Ujian fungsi. Semua fungsinya haruslah berfungsi dengan baik

5. Ujian enjin mati. Saya akan minta driver utk keluarkan boom habis panjang. Kemudian minta supaya enjin dimatikan. Driver akan diminta utk turunkan boom hingga habis ke tanah. Ini adalah fungsi kecemasan sekiranya enjin sky lift mengalami kerosakan. Kadang- kadang driver pun tak tahu

Sekarang anda sudah tahu apa yg hendak diperiksa pada sebuah sky lift.

Sekiranya anda rasakan post ini berfaedah, mohon share dgn rakan lain :)

Azahan Arif
Pengasas Top+





1 ulasan: