Bagaimana membentangkan idea dan maklumat kepada setiap gaya komunikasi?
Visual |
- Ringkas.
- Memberikan gambaran jelas daripada idea terperinci (beberapa butiran).
- ‘Melukis’ gambar dengan kata-kata.
- Terus kepada point utama dengan pantas.
- Bertanya jika ia ‘kelihatan’ elok kepada mereka.
|
Auditori |
- Terus kepada point utama(bersikap terus terang adalah baik).
- Membentangkannya sebagai ‘idea’.
- Bersiap sedia berbual-bual tentang hal itu dan mendengar idea mereka.
- Bersedia menerima hakikat mereka mungkin ‘memperbaiki’ atau menambah idea kita.
- Bertanya adakah mereka dengar ‘bunyinya’ seperti idea yang bagus.
|
Kinestetik |
- Perlu mencari waktu yang sesuai bagi membentangkan idea.
- Jadikannya sebagai sesuatu yang menyeronokkan atau meriangkan bagi mereka.
- Bertanya apakah mereka fikir ia idea yang bagus.
|
Digital |
- Persembahkan idea kita seperti pengembaraan bagi mereka.
- Memberikan mereka banyak butiran dan pilihan.
- Memberikan mereka pelbagai pilihan.
- Memberikan mereka masa memproses dan berfikir.
- Bertanya apa yang mereka ‘fikirkan’ tentang idea itu.
|
Apa yang diharapkan daripada setiap gaya komunikasi apabila mereka perlu membuat keputusan?
Visual |
- Biasanya membuat keputusan dengan cepat.
- Tidak memerlukan banyak butiran terperinci.
|
Auditori |
- Mungkin mengajukan pelbagai soalan dan kemudian membuat keputusan dengan cepat.
|
Kinestetik |
- Memberikan mereka masa bagi melalui perkara itu.
- Kekalkan kesederhanaannya, tidak banyak pilihan.
|
Digital |
- Memberikan mereka masa memproses (kadangkala hingga semalaman).
- Mungkin berdiam diri kerana memikirkannya.
|
Berikut adalah beberapa cadangan tugasan yang bersesuaian dengan setiap gaya komunikasi:
Visual |
- Membina wawasan dengan gambaran yang jelas.
- Menjalankan mesyuarat yang cekap.
- Menggunakan ‘flip chart’ ketika mesyuarat.
- Memastikan mesyuarat bermula tepat pada masanya.
|
Auditori |
- Menyediakan kepimpinan.
- Melakukan sumbang saran idea.
- Meningkatkan proses.
- Memastikan semua adalah adil.
- Mencari perkataan terbaik bagi menggambarkan sesebuah projek.
|
Kinestetik |
- Membina sebuah pasukan.
- Mencipta hubungan antara ahli pasukan melalui permainan dan latihan.
- Menyusun mesyuarat pasukan.
- Mengambil nota ketika mesyuarat.
- Menguruskan semua butiran.
|
Digital |
- Membuat perancangan langkah dan aturan peristiwa.
- Menanyakan soalan analitikal “bagaimana apabila…”
- Membawakan sesuatu yang logik dan memberi arahan mengenai pengurusan masa.
|
Komunikasi dengan Kakitangan Kita Secara Keseluruhan
Visual |
- Menghargai apabila mesyuarat mempunyai agenda kerana mereka menghargai waktu.
- Ingin tahu bila mesyuarat bermula dan paling penting sekali bila ia berakhir.
- Menyukai mesyuarat yang singkat (di bawah satu jam).
- Kehilangan fokus dan berhenti memberi perhatian lebih cepat berbanding jenis gaya lain.
- Begi mengekalkan perhatian mereka, berikan mereka tugasan seperti membuat ucapan pembukaan, membuat pengumuman khas atau mengumpul maklum balas pada mesyuarat itu sendiri.
|
Auditori |
- Memberitahu topik perbincangan (dan apa yang tidak dibincangkan) pasti membuatkan mereka kekal dalam perbincangan.
- Dapat memberi sumbangan terbaik apabila mereka diberikan peluang menyuarakan pendapat atau menyumbangkan idea.
- Melakukan dengan baik apabila diberikan peranan sebagai pemimpin.
|
Kinestetik |
- Menghargai apabila mengetahui agenda dengan lebih awal, supaya dapat ‘berasa selesa’ dengan apa yang akan dihadapi.
- Melakukan yang terbaik bagi memastikan keadaan bersih, penataan cahaya yang cukup terang, suhu terkawal, dan persekitaran yang selesa.
- Bagus dalam mencatat nota kerana ia membuatkan mereka lebih fokus dan memberikan mereka feel mesyuarat dan projek.
|
Digital |
- Suka menggunakan agenda bagi menyusun acara mendatang dan pastikan segalanya tertutup.
- Suka berkongsi pendapat mereka, tetapi mereka tidak melakukannya secara sukarela kecuali ditanya.
- Mungkin menjadi salah seorang yang bertanyakan soalan yang rumit tetapi kadangkala soalan itu diperlukan bagi memastikan semua langkah dan proses berjalan baik.
|
Apa yang Digemari oleh Setiap Gaya Komunikasi?
Visual |
- Foto terkini
- Foto pemilik laman web
- Teks yang minima dan suka dalam bentuk bullets points
- Klip video pendek
|
Auditori |
- Bunyi muzik latar (fail audio)
- Tatabahasa dan ejaan yang tepat
- Cerita
|
Kinestetik |
- Mesej selamat datang
- Gambar pemilik bagi membina kepercayaan
- Bahagian “Hubungan Kami”
- Elemen interaktif
- Keupayaan menghantar respons
- Keupayaan melayari dengan mudah
- Klip video
|
Digital |
- Bahagian soalan dan jawapan
- Maklumat hubungan (dengan menggunakan pelbagai cara)
- Fakta dan angka yang menyokong maklumat kita.
|
Apa yang Tidak Digemari oleh Setiap Gaya Komunikasi?
Visual |
- Banyak teks dan grafik yang tidak mencukupi.
- Kurangnya gambar pemilik laman web.
- Ayat jualan yang panjang lebar.
- Banyak animasi.
- Tidak kemas.
|
Auditori |
- Kelemahan tatabahasa dan sintaksis.
- Banyak menu.
- Susah mencari laman web dan sukar sukar mencari maklumat.
|
Kinestetik |
- Kurang gambar pemilik laman web
- Tiada ruangan “Hubungi Kami”.
- Ayat jualan yang panjang lebar.
|
Digital |
- Harga yang tidak masuk akal.
- Pengelolaan laman web yang lemah.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan