Rabu, 30 April 2014

Bagaimana hendak dapat "Approval" dalam satu laporan sahaja

Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan adalah rutin.
Namun berapa banyak cadangan yg kita cadangkan diterima atau dibakulsampahkan?
Di sini saya kongsikan teknik yang saya amalkan selama ini.
Saya gunakan teknik 3M:
Morale
Money
Legal

Morale
Main dengan emosi. Kaitkan dengan famili atau kehidupan pekerja.
Di Youtube ada banyak kisah yang menyentuh emosi.
Emosi yang paling kuat ada dua jenis: Positif dan negatif.
Yang negatif seperti takut, sedih, pasrah
Yang positif pula seperti suka, gembira, bersemangat.
Video kegemaran saya ada dua: The Story of Bong dan I Choose to look the other way.


Money atau Business
Tunjukkan betapa ruginya, betapa tingginya kos atau belanja yang akan dikeluarkan.
Tunjukkan juga betapa untungnya, berapa boleh jimatnya, berapa boleh dapat pulangan dari pelaburan.
Tunjukkan jumlah yang tepat.
Gunakan matawang yang betul.
Contohnya kos rawatan, kos perundangan, kos downtime production, lost man hours, Return of Investment, Cost Saving, Revenue, Profitability.

Legal
Yang ni kepakaran banyak orang
Sebutlah seksyen berapa akta mana dan apa hukumannya.
Tak perlu saya panjang lebar di sini.


Semoga anda sukses dalam kerjaya


Azahan Safetyman
Pengasas TOP+

Tiada ulasan:

Catat Ulasan