Khamis, 21 Mei 2015

Tutorial Mengira Tegangan (tension) sling- Siri 4.1

Bersambung dari siri yang lepas kita dah kira tegangan pada sling.

Sekarang kita nak kira kapasiti sling sekiranya kita menggunakan soft sling atau wire rope sling untuk mengangkat beban tersebut.

Chain sling tidak termasuk dalam pengiraan ini kerana kapasitinya sudah termasuk dalam penggunaan bersudut.
Contohnya sekiranya chain sling yang mempunyai 2 legged berkapasiti 5tan, kapasitinya kekal sehingga sudut 45° mengikut standard yang ditentukan oleh pengilang chain sling tersebut.

Kembali kita kepada soft sling dan wire rope sling.
Setiap jenama atau pengilang mempunyai jadual yang berlainan.
Contohnya bagi yang saya tunjukkan ini adalah untuk 1 jenama sahaja.



Dalam jadual ini, ia menunjukkan jika kita menggunakan sling tersebut pada sudut 45°, faktor angkatan bebannya akan berkurangan dari 2.0 kepada 1.4.

Contohnya jika gunakan 2 set sling 1 tan, sepatutnya kita mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 2 tan.
Namun oleh sebab kita mengangkat pada sudut 45°, kita hanya boleh mengangkat pada kapasiti 1.4 tan sahaja.

Jika kita guna 2 set sling 4 tan pula:
= 4 x 1.4
= 5.6 tan

Kuiz
Sling berapa tan yang kita nak gunakan dalam kes Siri 4?

Hantarkan jawapan anda ke azahansafetyman@gmail.com supaya saya terus bersemangat untuk berkongsi.

1 ulasan:

  1. salam...saya nk bertanya,adkh wire rope bole disudutkn ditengah wire sepertimna kita sudutkn bell di tengah,satu menjadi dua,jika bell setiap ikatan balutan ada kiraannya,jika sling wire rope adakh ada kiraanya...

    BalasPadam