Kali ini kita akan mengangkat dengan bersudut pula.
Kenapa?
Sebab inilah teknik yang selalunya kita guna.
Ada 2 bahagian yang kita perlu kira.
Yang pertama, tegangan yang dikenakan kepada sling.
Lihat kepada gambarajah di bawah dan berikut adalah maklumatnya:
Berat beban = 5 tan
Jarak dari lifting point ke hook kren (L)= 4 meter
Jarak dari hook ke beban (H) = 3.5 meter
COG = berada di tengah- tengah beban
Cara pengiraannya ialah:
(L/H) x (Berat beban/ jumlah lifting point)
(4 meter / 3.5 meter) x (5 tan/ 2)
1.14 x 2.5 = 2.85 tan
Kuiz
Carikan tegangan sling dengan menggunakan maklumat berikut:
Berat beban = 5 tan
Jarak dari lifting point ke hook kren (L)= 9 meter
Jarak dari hook ke beban (H) = 9 meter
COG = berada di tengah- tengah beban
Hantarkan jawapan anda ke azahansafetyman@gmail.com supaya saya bersemangat untuk menulis siri 4.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan