Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tajuk posting kali ini macam poyo. Macam dia seorang sahaja yang sibuk hahaha.
A. Apa yang sedang saya usahakan?
Mesyuarat Agung dan Seminar SRG SHE 2015
Majlis akan diadakan pada 7 Mac 2015
Seminar kali ini kami membariskan topik yang relevan dengan para pengamal
HSE di negeri Johor.
Topik- topiknya adalah:
1. Pengurusan Pemeriksaan Pematuhan Undang- Undang
2. The Cost of Accident
3. Statistik OSH 2014 dan Pelan Tindakan 2015 JKKP Johor
Bila berpersatuan inilah nikmatnya- menambahkan nilai orang lain.
Wang ringgit tak dapat mengukur kepuasan ini.
Stay tune dengan perkembangan dan berita terkini seminar ini di fb SRG SHE.
B. HSE Psychological First Aid - Membina Modul Untuk Malaysia
Saya dimasukkan ke dalam team ini atas jemputan dari saudari Dhuha Shah.
PFA ialah satu team yang berfungsi sebagai "pengurang" tekanan emosi mangsa bencana.
Bagaimana?
Melalui konsep 3 L iaitu Look, Listen dan Link.
Pada 14 Febuari yang lepas saya telah sertai bengkel untuk membina modul yang akan dibaca oleh
mana- mana sukarelawan yang akan masuk ke kawasan bencana.
Modul itu akan jadi garis panduan bagaimana hendak menjadi seorang PFA.
Alhamdulillah cadangan saya supaya SALAM MESRA digunapakai telah diterima mereka
dengan gembiranya.
Anda nak baca tentang SALAM MESRA di sini.
C. Aktiviti Safetyman dan Upskill Learning
Berniaga masih lagi cita- cita utama. Saya percaya ianya cara terbaik yang membolehkan saya
menambahbaik hidup orang lain dengan lebih pantas dan meluas lagi.
Saya sudah submit 5 topik ke SRG SHE khusus untuk para ahlinya.
Kemudian strategi marketing untuk kelas Professional Learning Fasilitator di Johor.
Teruskan membaca blog ini untuk mengetahui perkembangan aktiviti Azahan Safetyman.
Saya mendoakan supaya anda semua selamat, sihat dan terus memastikan keselamatan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan