Selasa, 24 Februari 2015

Contoh Laporan HSSE Committee Monthly Inspection Report

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila disebut tentang HSSE Committee Inspection, ianya adalah satu aktviti yang wajib ada di setiap tempat kerja.
Menurut Peraturan OSH Committee, pemeriksaan wajib dijalankan sekurang- kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan.
Tempat saya lakukannya setiap bulan.

Kali ini saya nak share template laporan yang saya reka sendiri.
Template ini hasil gabungan dari HSE, Lean 6 Sigma dan juga Kaizen.
Pada pendapat saya ianya bersifat lebih kepada "moving forward" dan mudah untuk digunakan oleh Committee members yang tidak berapa fasih tentang program pemeriksaan OSH.

Ianya bermula dengan tajuk.
Diikuti dengan Finding # - ini ialah daftar nombor finding supaya mudah tracking dikemudian hari.

Warna jingga dipilih kerana ianya menurut psikologi warna yang menggalakkan orang untuk mengambil tindakan.

Inspection zone dan sebarisnya adalah maklumat biasa.

Bahagian petak ini utk dimasukkan gambar.

Description of current condition- masukkan maklumat ringkas tapi cukup untuk difahami apabila dibaca pada masa hadapan.

Area owner's respond- yang ini nyatakan apakah tindakan yg akan atau telah diambil, siapa yang lakukan dan tarikh sasaran/ tindakan diambil untuk tracking kemudian.


Sekiranya anda rasa template ini berguna dan mahukan softcopynya, emelkan kepada saya di azahansafetyman@gmail.com dengan subjek "Inspection template"


Semoga semua dapat manfaatnya
Terima kasih,
Azahan Safetyman

Professional Learning Fasilitator
Learning Designer
PSMB Certified Trainer
Certified SOIF Coach, (Hypnotherapy, Time Line Therapy)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan