Khamis, 15 Mei 2014

Dialog pukau oleh pomen tayar tentang safety

Saya nak cerita tentang pomen tayar kereta saya.
Pada suatu masa dulu membetulkan tayar adalah satu obsesi kepada saya.

Maklumlah kereta pakai tayar tipis. Memang penyakit kegemarannya berkaitan dengan tayar.
Sebelum pergi ke kedai tayar, selalunya niat saya ialah:
"nak betulkan balancing dan alignment aje"
"bajet mesti tak lebih Rm120"

Nak tahu apa yang selalunya berlaku?
Dari Rm120 dah jadi Rm360 bil yang saya bayar.

=============
Apa yang berlaku?
=============

Biasanya pomen akan periksa dulu tayar.
Then dia akan brief apa yang dia jumpa.
"Abang punya break pump sudah leak. Kalau tak repair bahaya ni"
"Abang punya skru chamber bengkok. Tak tukar bahaya ni"
"Abang punya break disc dah bengkok. Kalau tak grind bahaya ni"
Bahaya saja yang disebutnya.
 
Bila kita cakap "Bajet tak ada lah"
Dia dah ready dah dengan jawapan
"Tak apa abang punya pasal saya caj murah aje"
"Abang boleh pakai local punya barang. Murah sikit dari ori"


Maka selepas itu saya pun terpaksa lah "tambah" lagi bajet
walau pun tidak begitu rela.


Apa yang anda pelajari dari situasi ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan