Rabu, 14 Mei 2014

Ciri- ciri poster yang berkesan untuk kawasan tempat kerja: 5 peraturan merekacipta poster Safetyman

Poster adalah salah satu media yg digunakan utk mempromosi HSE di tempat kerja.
Poster bagus untuk menyampaikan maklumat yg ringkas. 
Juga untuk menggalakkan penyertaan dari kalangan warga kerja.

Selain itu poster mencantikkan kawasan tempat kerja.

Saya kongsikan di sini beberapa peraturan yang saya amalkan bila merekacipta poster:

1. Mesej haruslah boleh difahami dalam masa 7 saat.
Ini adalah masa yang digunakan oleh banyak orang bila lalu di kawasan poster ditampal.


2. Orientasinya adalah standard- Potrait
Ini adalah kerana kebanyakan poster di bekal oleh pembekal menggunakan orientasi potret. 
Signifikannya ialah bila nak tampal di papan notis. 
Orientasi yang tak tentu hala akan men- jaha- na- mkan 5S papan notis anda. 

3. Mesej ditulis dengan jelas, BESAR, ringkas dan mudah

4. Relevan dengan situasi tempat kerja anda. 
Banyakkan poster dengan gambar mereka sendiri. 

5. Buatkan pembaca berfikir. 
Tuliskan soalan di akhir nya, juga boleh sebagai topik utama. 
Contohnya seperti: Bagaimana pula anda? Sedarkah anda tentang.... 
Apa pula kata anda? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan