Selasa, 10 Januari 2017

Project EHS Plan: Strategi untuk mencanai dan memenuhi keperluan EHS dalam kontrak

Bila majikan anda perniagaannya adalah sebagai kontraktor, maka anda pasti akan berjumpa dengan keperluan untuk memenuhi keperluan EHS dari klien.

Keperluan klien ini jika anda sudah ada strategi, maka mudahlah ia.
Bila tak tahu, maka pada masa itulah kita garu kepala walaupun sudah tiada apa diatasnya.

Saya kongsikan di sini, strategi dan taktik bagaimana saya lakukannya dengan mudah.
Walaupun dengan syarikat Oil and Gas yang besar.

Sedia untuk belajar rahsia saya?
Mari mula SEKARANG




1. Langkah Rahsia 1: Buat Gap Analysis. 


Langkah ini nampak bodoh. Bila dibuat anda tahu yang anda bijak untuk lakukannya.
Senaraikan apakah yang klien anda mahukan di dalam kontrak tersebut.
Senaraikan satu persatu. Dengan jelas.
Kemudian untuk setiap keperluan itu, kenalpasti:

  • Ada atau belum ada? 
  • Bila ada, adakah mencukupi? 
  • Apakah tindakan untuk memenuhi keperluan tersebut? 
  • Oleh siapa dan bila? 

2. Langkah Rahsia 2: Kumpulkan semuanya dalam satu folder 


Dan kemudian namakan setiap fail itu mengikut nombor keperluan dalam kontrak tersebut. 
Bukan untuk memudahkan anda. Ianya untuk memudahkan klien anda. 
Ingat prinsip ini: A Happy Klien Is A Happy You


3. Langkah Rahsia 3: Submit 


Langkah rahsia ini penting kerana apa? Kerana jarang- jarang 1st submission terus kena accept bulat- bulat. 
Kena reject itu biasalah. Sebab itu kena submit untuk pertama kali. 
Submit lambat- lambat akan meningkatkan pressure pada klien dan juga diri sendiri. 
Patuhi due date dan respon dengan segera sebarang respon selepas itu. 

Sekiranya anda kena defend, maka defend lah. 


Apakah dokumen yang selalunya klien minta dalam kontrak? 

Dalam pengalaman saya, berikut adalah dokumen yang selalu klien minta: 

  1. HSE Policy 
  2. HSE Organization Chart 
  3. HSE Person In Charge contacts
  4. LTI rate / Incident rate 
  5. Prosedur atau SOP atau Work Instruction untuk High Risk Activities e.g. Working at Height, Confined Space, Lifting Operations etc 
  6. Inspection / Audit Program 
  7. Training Program 
  8. Accident Investigation& Reporting procedure 
  9. HSE Communication / Consultation
  10. Risk Assessment 

Sekiranya anda mahu, kami tidak paksa untuk anda download tools yang Azahan Safetyman gunakan. 
Setelah anda download, anda boleh: 
  • Gunakan dengan sesuka hati, mengikut kesesuaian 
  • Present dengan top management anda 
  • Share di ruangan komen di bawah bagaimana tools ini telah membantu anda 
Jika anda sudi, download lah dengan klik di bawah





Tiada ulasan:

Catat Ulasan