Ahad, 3 Julai 2016

Hidup Sebagai Sebiji Benih



Assalaamulaikum dan salam sejahtera para pembaca Blog Azahan Safetyman

Minggu lepas saya telah coaching seorang pengamal HSE muda.
Sekiranya anda mahu tahu apakah itu Coaching, klik DI SINI
Atau copy, paste and go link ini: http://azahansafetyman.blogspot.my/2014/08/soif-coach-maksud-dan-manfaatnya.html

Ianya mengingatkan semula tentang perjuangan seorang pemuda dalam memenuhi harapan keluarga dan juga menggapai cita- cita.

Benih yang baik dicampak ke laut jadi Pulau, dicampak ke darat jadi Gunung

Ini kisah saya dan juga pepatah "Benih yang baik dicampak ke laut jadi Pulau, dicampak ke darat jadi Gunung"
Apakah maksud pepatah tersebut?
Saya memberi maksud saya sebagai benih, tidak akan pernah tahu di mana saya akan pergi kerana ituu urusan Allah. Yang saya tahu sekarang saya berada di mana.
Dan saya juga tahu saya akan jadi Pulau atau Gunung yang banyak pelancong datang.

Bila saya bekerja saya akan bekerja bersungguh- sungguh untuk capai matlamat jangka pendek saya.
Semasa saya jadi pembantu pengurus restoran, saya bekerja bersungguh- sungguh hingga sebuah cawangan baru telah diletakkan nama saya sebagai pengurusnya.

Semasa saya jadi supervisor pasukan pembersih dan tukang kebun, saya bekerja bersungguh- sungguh supaya tandas di kilang tersebut jadi standard hotel dan pokok- pokok berbunga bagaikan pokok bunga.

Nak jadi Gunung atau Pulau pun saya set jenis yang macamana dan bila saya nak jadi.

Semasa jadi HSSE Specialist, saya pastikan sistem yang dibina boleh berjalan dengan sendiri dan pass semua audit dengan cemerlang.
Tiada lagi temporary Showroom. Setiap hari adalah Showroom supaya orang suka hendak bekerja.

Percaya atau tidak, dalam inteview kerja, inilah kisah yang saya ceritakan kepada bakal majikan saya.
Kerana saya mahu pastikan saya bekerja dengan majikan yang ada sama perspektif dengan saya.


Nak jadi Gunung atau Pulau pun saya set jenis yang macamana dan bila saya nak jadi.
Saya belajar dari seseorang "tetapkanlah objektif untuk 10 tahun dan 5 tahun" supaya apa yang dikerjakan sekarang bererti.
Dan ianya benar. Bila saya bekerja dengan bersungguh- sungguh, ianya adalah kerana apa yang saya kerjakan itu akan menyumbang kepada kejadian Gunung dan Pulau saya.

Saya juga menjadi jelas bila saya nak move on.
Saya juga jelas apa yang saya perlukan seterusnya. Dari segi learning, aset, keluarga dan lain- lain.
Saya jelas apa sahaja ujian yang saya hadapi sekarang, adalah kerana di Pulau dan Gunung saya nanti akan ujian yang lagi best. Ianya seperti main game bila nak habis Boss akan keluar.

Dan bila saya lepas semua ujian itu, saya akan berada di tahap yang baru.

Kepada rakan- rakan yang rasa dirinya sedang "lost" dengan ujian yang melanda, saya harap tulisan ini akan memberi inspirasi kepada anda.
Peganglah dengan ayat
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Bila kita beriman, hidup kita akan rasa lebih mudah.

Salam maju jaya
Azahan Safetyman

======
The Professional Learning Facilitator Program
======

Anda mahu polish skill presentation anda ke tahap Professional?
Anda mahu mulakan perniagaan dalam bidang pembelajaran atau training?

Klik link ini untuk maklumat lanjut: http://plfjohorprogram.tk/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan