Assalaamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman.
Kita telah belajar semasa mula- mula mencari kerja lepas grad dahulu, pengalaman itu sangat penting. Soalannya sekarang, adakah kita betul- betul belajar tentang pengalaman itu, atau pun kita sama sahaja selepas 3 tahun bekerja?
Saya kongsikan di sini 5 Pengalaman yang pada pendapat saya anda mesti ada dan kuasai.
Saya sentiasa berpegang kepada pepatah "Practice give Experience"
1. Menangani Kerenah Majikan dan Pasukan Kerja
Adakah anda ada golongan yang mencabar untuk dilayan di tempat kerja anda sekarang? Jika ada, bagus! Salah satu kerunsingan bakal majikan ialah menggajikan calon yang tidak tahan dengan stress yang berpunca dari kerenah tempat kerja.
Apa yang anda perlu buat ialah belajar untuk bertenang dan profesional dalam mengendalikan orang- orang ini. Sehinggakan bila bakal majikan baru tanya tentang ini jawapan anda ialah "Biasalah, mana- mana tempat kerja akan ada hal yang sebegini".
2. HIRARC
Ini adalah skill paling asas dalam pengurusan OSH&E di tempat kerja.
Tidak mengapa jika majikan tidak begitu supportive.
Tidak mengapa jika team production atau construction sibuk selalu.
Ambil borang HIRARC, dapatkan langkah kerja, kesan Hazard, letakkan Matriks dan letakkan langkah kawalan.
Praktis setiap bulan dan simpan rekodnya. Cari pengamal HSE yang berpengalaman dan minta mereka semak HIRARC anda.
Usah tunggu dah nak ambil paper 4 baru nak praktis.
3. Menjadi Kreatif dalam Situasi Sumber Yang Terhad
Kata azimat yang diberikan oleh Director saya yang saya pegang hingga ke hari ini ialah
"Think Creativity before Capital"
Maksudnya nak buat program safety tidak bermaksud sentiasa memerlukan kos yang tinggi.
Ingat ya, saya tidak kata program tidak memerlukan modal ya.
Dan Director saya itu adalah seorang yang berpengalaman 30 tahun dalam Oil and Gas.
Ini melanggar prinsip banyak pengamal HSE dan saya tidak kisah pun.
Sebabnya banyak majikan suka orang yang ada pengalaman dan mampu menjadi kreatif ini.
4. Kepimpinan
Belajarlah jadi pemimpin. Semasa di sekolah kita dilantik jadi pengawas, setiausaha persatuan dan ahli silat adalah untuk persediaan dalam dunia pekerjaan sebenarnya.
Pengamal HSE yang tiada kualiti kepimpinan dialognya selalu begini
"Nak buat macamana lagi orang tak support. Kita suggest macamana pun macam cakap dengan dinding aje"
Pemimpin akan pimpin, bukan paksa
Pemimpin memberi inspirasi, bukan sekadar arahan
Pemimpin adalah orang yang ada banyak pilihan, bukan alasan
Persatuan seperti Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor (SRG-SHE) ada program kepimpinan seperti BLAST yang anda patut sertai.
5. Komunikasi
Bercakap tidak semestinya berkomunikasi.
Bercakap dengan dinding bukannya berkomunikasi. Maksud komunikasi ialah kita menyampaikan mesej dan kemudian kita dapat respon dari mesej tersebut.
Menjerit semasa bercakap dengan pekerja kadang- kadang memang sama macam bercakap dengan dinding.
Saya bukannya seorang yang kuat bercakap. Bila menyembang dengan kawan- kawan pun bila topiknya bukan dalam pengetahuan atau minat saya, saya akan diam.
Bila dah belajar skil berkomunikasi, tambah dengan Neuro Linguistics Programming, tak bercakap pun orang dapat mesej saya.
Baca lagi tentang skil komunikasi di SINI
Setelah membaca artikel ini, adakah anda ada ke lima- lima pengalaman tersebut?
Jika sudah, tahniah kepada anda kami ucapkan.
Dan adakah anda ada 5 pengalaman yang mesti ada dalam versi anda? Jika ya, tuliskan dalam ruangan komen di bawah.
Terima kasih
Team Azahan Safeytyman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan