Assalaamualaikum dan salam sejahtera,
Bila masuk tahun baru, maka ia bermakna objektif baru untuk tahun baru perlu di set semula.
Apakah itu objektif?
Objektif, matlamat, sasaran adalah sama. Pendek kata ianya adalah "Apa yang hendak kita lakukan dan capai".
Objektif selalunya ditetapkan berdasarkan kepada konsep SMART:
Dalam Sistem Pengurusan OSH, objektif adalah sebahagian dari prinsip "Continual Improvement".
Sekiranya sesuatu organisasi itu tidak mempunyai objektif, maka pada dasarnya sistem pengurusan OSH itu tidak berkesan dan prinsip itu tidak berjalan.
Berikut adalah objektif yang boleh ditimbangtarakan untuk dilaksanakan disesebuah organisasi:
Keselamatan Pekerjaan
Peringatan yang saya nak tekankan disini ialah, bukan HSE department seorang sahaja yang akan hadap dan kerjakan objektif- objektif ini semua.
Jabatan- jabatan lain seperti production dan maintenance juga perlulah diberi peranan juga supaya ianya menjadi satu usaha "bersama", dan bukannya sesuatu jabatan individu sahaja ke arah mewujudkan tempat kerja yang selamat.

- Spesific
- Measurable
- Achievable
- Relevant
- Timely
Dalam Sistem Pengurusan OSH, objektif adalah sebahagian dari prinsip "Continual Improvement".
Sekiranya sesuatu organisasi itu tidak mempunyai objektif, maka pada dasarnya sistem pengurusan OSH itu tidak berkesan dan prinsip itu tidak berjalan.
Berikut adalah objektif yang boleh ditimbangtarakan untuk dilaksanakan disesebuah organisasi:
Keselamatan Pekerjaan
- Menganjurkan X program kesedaran OSH pada tahun 2015
- Melakukan HIRARC sebanyak X kali pada setiap suku tahunan
- Memberi kursus topik Operator Overhead Kren kepada semua pengguna kren pada suku kedua dan ketiga
- Mengadakan audit dalaman pada suku ke tiga
- Mencapai 100% pemeriksaan tempat kerja oleh Jawatankuasa OSH pada setiap bulan
- Mendaftarkan X buah mesin baru pada suku pertama
- Mencapai sasaran 100% penyertaan program UCUX pada setiap bulan
- Menganjurkan HSE Week pada suku kedua
- Melakukan 3 audit di tempat vendor pada akhir suku ketiga
- Mencapai pematuhan 100% untuk Peraturan Kerja Ruangan Terkurung pada suku ketiga
Kesihatan Pekerjaan
- Melakukan CHRA ditempat kerja pada suku kedua
- Melakukan audit pendaftaran bahan kimia di tempat kerja pada suku kedua dan keempat
- Melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pekerja berisiko tinggi pada suku ketiga
- Melakukan audiometrik dan noise mapping pada suku ketiga
- Melakukan penilaian risiko Ergonomics pada suku keempat
Alam Sekitar
- Membina stor penyimpanan bahan buangan berjadual pada suku kedua
- Menganjurkan program kesedaran Alam Sekitar pada suku ketiga
- Melakukan audit di tempat vendor pengumpulan bahan buangan berjadual pada suku kedua
Peringatan yang saya nak tekankan disini ialah, bukan HSE department seorang sahaja yang akan hadap dan kerjakan objektif- objektif ini semua.
Jabatan- jabatan lain seperti production dan maintenance juga perlulah diberi peranan juga supaya ianya menjadi satu usaha "bersama", dan bukannya sesuatu jabatan individu sahaja ke arah mewujudkan tempat kerja yang selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan