Isnin, 9 November 2015

Apa Training atau Sijil Yang Perlu Saya Ambil bang?

Assalaamualaikum dan salam sejahtera,

Soalan di atas adalah antara soalan yang bermain di benak pemikiranku pada zaman dahulu hinggalah hari ini. Malam tadi dapat ilham bagaimana nak menerangkan situasi masalah ini dan baca terus untuk melihat bagaimana saya melihat situasi ini.

Pada dasarnya, ada 3 jenis program pendidikan yang selalu jadi pilihan kita iaitu:

1. Program Pendidikan seperti Diploma, Ijazah atau Masters yang diiktirah oleh Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) Rujukan: http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipta.cfm
2. Program Sijil Professional
3. Program Lanjutan Ijazah Eksekutif


Apakah Faedah Mengambil Kursus- Kursus tersebut?

1. Program Pendidikan seperti Diploma, Ijazah atau Masters yang diiktiraf oleh Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)

Sijil dari institusi yang diiktiraf oleh MQR ini penting sekiranya anda mahu bekerja dengan kerajaan.
Sijil ini juga diiktiraf oleh pihak swasta.
Program- program ini selalunya mengambil masa yang lama antara 3 tahun hingga 7 tahun.
Juga pentingnya sijil ini masa interview nak jadi menantu orang.
Lagi tinggi sijil yang anda ada, maka lagi cerah harapan untuk lulus.

2. Program Sijil Professional
Program ini spesifik untuk seseorang itu mendapat kompetensi yang diperakui oleh kerajaan dan juga swasta.
Program ini membantu seseorang pekerja untuk mendaki tangga kerjaya yang lebih tinggi. Pada masa yang sama pengalaman serta skill mereka diperakui dan disahkan sebagai orang yang kompeten.

Contoh program adalah seperti program:
a. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)
b. Jurueletrik bertauliah (Suruhanjaya Tenaga)
c. Pengendali Kren (CIDB)
d. Trainer (HRDF)
e. Lead Auditor untuk OHSAS atau ISO 14001

Sebagai Pengamal HSE, saranan saya ... pilihlah sijil kompetensi yang akan membantu anda meningkatkan kerjaya anda. Bukan sekadar untuk mengembungkan poket sahaja.

3. Program Lanjutan Ijazah Eksekutif
Program ini adalah lebih kurang sama dengan Program Pendidikan seperti Diploma, Ijazah atau Masters yang diiktiraf oleh Daftar Kelayakan Malaysia (MQR).
Bezanya program ini tidak diiktiraf oleh MQR dan tetap laku di sektor swasta.
Saya menggunakan sijil Eksekutif Diploma dari OUM untuk mendapat pekerjaa di majikan dahulu dan sekarang. Sektor swasta lebih terbuka dan menghargai usaha pekerja swasta yang melanjutkan pelajaran.

Program ini lebih pendek. Contohnya program eksekutif diploma yang telah saya ambil hanya mengambil masa setahun setengah sahaja.
Program ini juga lebih mudah dan menghargai pengalaman kita sebagai pekerja.
Program yang diiktiraf oleh MQR lebih akademik yang lebih mencabar bagi kita- kita yang dah berpengalaman ini.


Begitulah pandangan saya tentang program pendidikan yang ada di pasaran sekarang.

Pokoknya kena ada cita- cita barulah jelas apa tindakan yang hendak kita ambil.


Safe Morning
Azahan Arif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan