Ini soalan yang saya selalu tanya pada diri sendiri dulu.
Jawapannya saya jumpa 3 tahun kemudian. Jawapan yang saya jumpa adalah berdasarkan PDCA.
Dapatkan Persetujuan
Perkara pertama yang anda perlu buat bila masuk tempat baru ialah mendapatkan persetujuan dan komitment.
Fasa ini adalah fasa yang paling penting. Komitmen dari pihak pengurusan akan memudahkan perlaksanaan perancangan yang telah dirancang.
Anda perlu menerangkan apakah aktiviti yang perlu dilakukan dengan sejelasnya.
Terangkan apa aktiviti, tempoh masa untuk menyiapkan nya dan sumber yang diperlukan.
Contohnya HIRARC,
Saya akan letakkan masa 2 minggu untuk siapkan.
Saya akan perlukan carta proses.
Saya perlu temuduga pekerja dan penyelia selama 1 jam untuk setiap proses.
Saya sasarkan sekurang nya 10 HIRARC untuk disiapkan.
Saya akan ambil gambar dan perhatikan cara kerja tersebut dilakukan.
Dengan penerangan yang jelas, ia membantu pengurusan untuk membuat keputusan dengan cepat.
Selain dari mencadangkan rancangan yang saya rancangkan, adalah penting untuk bertanyakan soalan ini- "In your opinion, what matters the most about HSE?"
Soalan ini akan menggambarkan kefahaman majikan tentang HSE.
Soalan ini akan menunjukkan yang kita prihatin dengan pandangan beliau.
Soalan ini menunjukkan yang anda bersungguh- sungguh untuk berkhidmat demi syarikat.
Dulu kesilapan saya ialah:
- Saya hendak menguatkuasakan AKKP 1994 dan FMA tanpa bertanyakan majikan saya dahulu
- Saya anggap majikan hanya pentingkan operasi dan langsung tidak mempedulikan HSE
- Saya bekerja sendiri, tanpa melibatkan jabatan lain dalam organisasi
Upgrade dan usah ulang kesilapan yang sama.
Tunggu artikel seterusnya untuk senarai perkara pertama wajar dilaksanakan.
Hanya di http:azahansafetyman.blogspot.com
Azahan Arif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan