Artikel kali ini luar biasa sedikit.
Sebabnya ia bukan ditulis oleh saya.
Ia ditulis oleh saudara Muhammad Agus.
Saya beri beliau tips SALAM MESRA ini bila beliau minta saya tips untuk interview.
Alhamdulillah tips ini membantu beliau untuk bertenang, dan dapat jawatan tersebut terus!
Baca dan terus amalkan untuk dapatkan kesannya segera.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Semoga segala urusan kita depermudahkan oleh Allah SWT.
Pagi ini saya nak kongsikan satu tips/ilmu/teknik temuduga yang berjaya saya cedok daripada Tuan Azahan Arif dimana pada saya sangat sesuai dikongsikan dan begitu berkesan membantu kita untuk sentiasa tenang dalam sesi temuduga
Menurut Tn. Azahan, teknik ini dipanggil S.A.L.A.M M.E.S.R.A
AMARAN!
Sesuai dengan namanya, teknik ini sangat POWERFUL hinggakan interviewer akan mengigau teringat pada kita. Saya tak tanggung kalau interviewer mahukan anda berkhidmat di syarikat berkenaan serta merta!
Sesuai dengan namanya, teknik ini sangat POWERFUL hinggakan interviewer akan mengigau teringat pada kita. Saya tak tanggung kalau interviewer mahukan anda berkhidmat di syarikat berkenaan serta merta!
Bahkan ada juga interviewer yang mahukan gambar kita dijadikan wallpaper smartphone mereka dek kerana teknik ini. (Ha! Yang ini saya tipu :p)
Sedia?
S - Sebutkan nama interviewer dan berilah Salam kepadanya.
A - Ajukan soalan mudah tentang diri mereka.
L - Luahkan pujian yang IKHLAS. (Ikhlas itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam dimalam yang kelam)
A - Aju soalan yang releven dan carikan 3 persamaan anda dan interviewer.
M - Minta diri dengan sopan.
Selesai teknik S.A.L.A.M, kini tiba pula teknik M.E.S.R.A!
Menurut Tn. Azahan juga, teknik ini sangat dahsyat dan kalau dibuat serta kena pada caranya, silap-silap Interviewer nak ikut kita balik rumah
Menurut Tn. Azahan juga, teknik ini sangat dahsyat dan kalau dibuat serta kena pada caranya, silap-silap Interviewer nak ikut kita balik rumah
M - Memandang matanya. (Jangan lama sgt, sekitar 2-3 saat, pandang tempat lain lalu pandang matanya semula. Kalau berterusan pandang matanya tanpa ada sela masa, saya tak tanggung akibat daripada perbuatan anda itu)
E - Ekspresi muka. Bila berbual, mesti ada ekspresi muka. Bayangkan jika kita bercakap dengan tembok. Ada rasa seronok ke nak berbual lama- lama?
S - Senyum. Pilih lah antara 3 Jenis senyum yang dirasakan terbaik :
Senyum Satu - Usah tunjuk
Senyum Dua - Senyum palsu
Senyum Tiga - Senyum yang mewah
Senyum Satu - Usah tunjuk
Senyum Dua - Senyum palsu
Senyum Tiga - Senyum yang mewah
R - Rapatkan jarak bila bercakap, jangan terlalu jauh dan jangat terlalu dekat.
A - Angguk bila interviewer bercakap, sebagai tanda kita mendengar apa yang interviewer cakapkan/sampaikan.
itulah teknik S.A.L.A.M M.E.S.R.A by Tn. Azahan Safety Man.
Sangat POWERFUL sehinggakan saya sendiri baru sahaja menerima LO daripada bakal majikan dengan berpandukan teknik MAUT ini. (Kali terkahir temuduga yang saya hadiri adalah sekitar bulan 4 tahun 2012)
Sekali lagi saya tegaskan, jika ada sebarang konsekuensi dari teknik S.A.L.A.M M.E.S.R.A ini, ianya adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya!
Akhir kata, semoga dipermudahkan urusan temuduga anda semua! Ameeeen
Wassalam.
(Kongsi ilmu bermanfaat, anda akan dapat saham (Dunia & Akhirat) daripada perkongsian tersebut, In Sha Allah.)
(Kongsi ilmu bermanfaat, anda akan dapat saham (Dunia & Akhirat) daripada perkongsian tersebut, In Sha Allah.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan