Saya menggunakan COACH dalam pengenalan diri saya. Ia tidak membawa maksud gerabak keretapi ye mahu pun komuter.
Mari saya terangkan apa maksud Coach ni.
Coach adalah seorang yang membimbing orang lain menyelesaikan masalah orang itu dengan mendapatkan penyelesaian dari orang itu juga.
Pening?
Contohnya Ali dapat kerja tapi tak konfiden nak terima kerja itu atau tidak.
Banyak alasannya seperti newbie lah, lahir tak cukup bulan lah, tak ada yang nak tunjuk ajar lah dan sebagainya.
Mentor akan beri cadangan supaya Ali bersemangat, minum susu atau cuba lah dulu.
Coach pula akan tanya "apa masalahnya sebenarnya?"
Tanya lagi tanya lagi sampai lah Ali ni jumpa penyelesaiannya adalah dengan yakin kepada diri sendiri. Dan jawapan itu dia dapat melalui sesi coaching tadi.
Saya adalah SOIF Coach yang diiktiraf oleh Take Charge Sdn Bhd.
Motivasi untuk menjadi coach ini adalah apabila ramai orang yang seperti Ali tadi yang saya jumpa pada tiap bulan.
Alhamdulillah ramai yang telah dapat saya bantu untuk mereka menyelesaikan masalah dilema yang mereka hadapi.
Antara kes yang selalu saya jumpa ialah tak tahu samada nak terima tawaran kerja atau tidak.
Juga ada yang bermasalah dengan majikan atau rakan kerja nya.
Saya sekali lagi membantu mereka mencungkil penyelesaian dari diri mereka dengan membuka minda mereka.
Perkhidmatan ini percuma.
Ia tidak terhad kepada masalah saja. Jika anda hendak memajukan diri dan tak pasti apa yang anda inginkan sebenarnya, sesi SOIF Coaching ini akan amat membantu anda.
Hubungi saya pada bila- bila masa sahaja jika anda perlu bimbingan.
Azahan Safetyman
PLF COACH
HSSE Specialist
Tiada ulasan:
Catat Ulasan