Selasa, 15 Julai 2014

Alamak, Macamana Nak Jawab Ni? Tips Mengendalikan Situasi Sukar

Tugas sebagai Pengamal HSE amat mencabar bagi sesetengah orang. Ramai sebenarnya yang mengadu dengan saya pasal ketensenan ini.

Saya beruntung kerana berlatarbelakangkan dengan kelulusan management. Jadinya setengah dari ketensenan kebanyakan org itu saya tak rasa.

Dalam kehidupan newbie, kerja tak siap, salah buat dan siap macam tak siap adalah normal. Ianya satu proses penyesuaian diri dari zaman gila- gila remaja kepada alam pekerjaan.
Saya panggil proses ini sebagai proses penetasan. Kulit telur baru nak pecah dan bulu masih basah lagi.

Soalan awal tadi bila dah buat silap, apa nak buat? 

Saya kongsikan 4 perkara yang saya sebagai senior nak lihat apa trainee saya buat dlm situasi ini.

====
Kulit 1:  Mohon Maaf dan Tidak Salahkan Orang Lain
====
Tak bermaksudnya akan sentiasa menyalahkan diri sendiri juga ye.
Anda harus sedar apa yg perlu diperbetulkan! Itu yg paling penting

Untuk tips bermain politik di tempat kerja, sila klik di sini

====
Kulit 2. Berfikir dan Bertindak dengan Pantas
====
Terus cari penyelesaian. Anda harus berupaya menimbang dan mengecilkan skop hingga kepada 2 option sahaja.
Tanya balik kepada saya utk dapatkan approval. Pastikan anda boleh terangkan 3 kebaikan dari option itu.

====
Kulit 3: Willing to Listen
====
Buka telinga dan minda dengan tenang. Dengar semua arahan. Tanda orang yang panik adalah mula banyak bercakap dari bertindak.
Jika anda tak boleh kawal emosi anda sila main jauh- jauh.

====
Kulit 4:  Berani Mati
====
Kualiti tertinggi seseorang freshie ialah dia bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya. Cuma pastikan anda bertanggungjawab atas apa yg patut anda tanggungjawabkan.
Usah terus mengaku salah. Terangkan apa yg berlaku dan gagal dilakukan.
Begitulah sedikit sebanyak tips nak buat apa bila dah salah.
Semoga anda sukses dalam kerjaya.


Azahan Safetyman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan