Pengurusan lifting gears adalah amat penting demi menjamin keselamatan kerja- kerja mengangkat.
Saya akan share 3 komponen utama dalam pengurusan ini.
========
1. Pemeriksaan
========
Pemeriksaan akan memastikan bahawa lifting gears berada dalam keadaan baik.
Biasanya ada 2 jenis pemeriksaan.
A. Visual
B. Load test
Pemeriksaan visual adalah termasuk NDE (Non- destructive examination) oleh orang yang bertauliah.
Gear yg kena NDE biasanya yg berstruktur besi seperti:
+ shackle
+ eye bolt
+ spreader bar
+ chain sling
+ turn buckle
Yang visual biasa adalah dengan menggunakan mata untuk mengesan sebarang kecederaan kepada gears.
Load test pula bertujuan mengesan sebarang deformation atau menguji kekuatan gears tersebut.
========
2. Pengenalpastian Identiti
========
Selepas diperiksa, satu tanda yang menandakan gears telah diperiksa mesti diletakkan di atas gears tersebut.
Antara teknik yang popular adalah dengan cara color coding atau pun tagging.
Tag wajib mengenalpasti identiti dan juga tarikh luput pemeriksaan.
========
3. Rekod
========
Rekod wajib disimpan untuk rujukan pada bila- bila masa.
Rekod yang mesti ada adalah seperti:
+ pembelian
+ stok keluar
+ penghapusan gears
+ pemeriksaan
+ sijil dari pengilang
Selain dari 3 elemen di atas, anda boleh masukkan tanggungjawab setiap orang untuk melengkapkan SOP anda.
Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut bolehlah komen atau emel ke azahansafetyman@gmail.com
Mohon share artikel best ini dengan rakan lain.
Azahan Arif
Pengasas
Azahan Safetyman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan