Rabu, 16 April 2014

Cuma 4 huruf tapi pengurusan operasi yang paling bahaya pun menggunakannya sebagai asas

Pengurusan risiko dan keselamatan adalah tugas full time semua pengamal HSE.
Pengamal HSE akan menasihat dan membantu majikan untuk menguruskan risiko yang ada di tempat kerja.

Sekiranya anda biasa dengan OHSAS, 4 huruf ini pastinya sangat anda kenali.

PDCA
Plan, Do, Check dan Act.

Baru- baru ini saya ditugaskan untuk menasihati HSE untuk satu kerja di tempat kerja saya.
Ini adalah yang biasa akan saya lakukan.

Plan
Saya akan tangkap project manager untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja tersebut.
Apa yang akan berlaku?
Siapa yang terlibat?
Mana Org Chart?
Bila?
Apa objektifnya?
Bagaimana bentuk communication flow?
Apa communication tool yg ada?

Dari sini kita akan bergerak ke proses seterusnya.

Do
Saya akan senaraikan semua kerja utama sebagai asasnya.
Lifting, Working at Height, Pressure Test, Chemical handling, etc
Tujuannya supaya dokumen risk assessment akan tersedia sekurang- kurangnya untuk kerja utama ini.

Check
Satu sistem pemeriksaan wajib ada untuk HSE ditempat kerja tersebut.
Sekurang- kurangnya pemeriksaan di tempat kerja lah. Dan yang akan lakukan pemeriksaan tersebut ialah team yang buat kerja ini.

Act
Saya sediakan satu register atau senarai untuk findings dan juga tindakan yang berkaitan dengan HSE.
Register ini perlu disemak dan update sehinggalah selesai.

Sebenarnya dengan prinsip asas ini anda dah boleh buat sebuah HSE plan sebenarnya.
Anda boleh buat untuk construction, manufacturing, office dan lain- lain lagi.

Hmm menarik kan?

Anda ada soalan atau komen?
Mohon share di ruangan komen dibawah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan