Pada hari Isnin, saya perlu siapkan:
Learning module untuk kursus orientasi HSSE rakan kerja baru
Disusuli dengan slaid
Dan workbook
Kerana kursus akan bermula pada hari Selasa iaitu esoknya.
Akan ada peserta seramai 32 orang dalam kelas orientasi kali ini.
Pada petang Isnin itu juga berlaku satu kemalangan nyaris.
Tiada yang cedera tapi kejadian sangat aneh seolah- olah mesin bergerak sendiri.
Oh Bomoh kah aku?
Hari Isnin itu saya balik pada jam 9.20pm selepas penat menunggu mesin fotokopi mencetak modul.
Tinggalkan selepas mengisi 1 rim kertas.
Salah seorang rakan kerja pula masuk wad dan dikhabarkan MC seminggu.
Hari Rabu sepatutnya modul rakan kerja tersebut.
Pada hari Rabu pula saya bercuti untuk mengendalikan kelas di Gelang Patah.
Pada hari Rabu juga boss saya pergi ke Singapura untuk mesyuarat.
Hari Selasa ialah modul saya.
Pada waktu pagi modul pada hari ke 3 diatur untuk dijadikan yang pertama.
Saya yang patutnya mengendalikan kelas telah ikut mesyuarat pertama siasatan kes misteri semalam
Seharian berada dalam kelas menghadkan keupayaan saya untuk melakukan siasatan.
Hanya dapat lakukan 2 interview sahaja pada lewat petang hari
Hari Khamis pula sudah diatur satu mesyuarat bersama team lifting.
Saya toma'ninah. Berfikir dan menimbang baik dan buruk.
Bos setuju untuk handle kelas pada hari Rabu.
Saya terus fokus kepada kelas di Gelang Patah pada hari Rabu tersebut.
Alhamdulillah pada hari Rabu tiada orang call untuk sebarang kerja yang urgent.
Pagi hari Khamis semasa di bilik mandi saya tengok dalam cermin dan katakan
"Hari ini jawapan kepada misteri akan dijumpai. Tiada misteri hanya silap faham semata- mata"
Seharian berjalan sana- sini dan menonton rakaman CCTV berkali- kali.
Selepas mesyuarat petang, Pengurus Kilang hendak juga berbincang mengenai perkembangan siasatan.
Saya terangkan fokus saya dan mana yang saya belum fahami.
Bincang punya bincang- terungkai juga jawapannya.
Jam 6.45pm balik rumah dengan perasaan penuh kesyukuran.
Pagi Jumaat saya khaskan masa untuk siapkan laporan siasatan.
Jam 7.45am supervisor beritahu saya ada kemalangan berlaku pada malam semalam.
7.55am pergi taklimat dan lakukan siasatan.
Dengan kerjasama pelajar latihan industri kami jam 11.45am siap macam siap.
Jam 12pm saya bentangkan hasil siasatan untuk kes misteri hari Isnin.
Rezeki yang tak sangka muncul. Plant Manager kami yang baru 2 minggu mula bertugas beri komen positif.
"I would say this is the better presentation of investigation that I have seen compared to before"
YES!
Pelajar latihan industri kami pun sama seronok.
Petang dikhaskan sekali lagi untuk siapkan 2 laporan.
Jam 5pm siap dihantar.
Maka begitulah siapnya minggu Genius saya.
Bagaimana pula dengan minggu anda?
=======================================================================
Belajar teknik trainer cara pakar!
Yuran hanya RM150 (sebelum naik RM350)
Anda akan belajar:
+ Sistem TSDR (Tell Show Do Review)
+ Menguruskan 7 personaliti peserta
+ Menghapuskan bosan, Meransang keriangan
+ Teknik asas bisnes latihan
Anda berminat nak join?
Ikuti 3 langkah mudah berikut:
1. Buat bayaran ke akaun CIMB Azahan Arif
2. Emelkan bukti pembayaran, Nama Penuh, NRIC, No. Telefon ke azahansafetyman@gmail.com
3. Terima pengesahan pendaftaran.
Sebarang soalan boleh SMS/ Whatsapp ke 0129200468
Azahan Safetyman
Pengasas TOP+ Facilitators
Tiada ulasan:
Catat Ulasan