Kali ini saya menjawab soalan seorang sahabat yang bunyi macam ini:
"Assalaamualaikum. Bagaimana hendak menguruskan Tool Box Meeting supaya seronok dan tak rasa membebankan?
Di tempat kerja saya TBM dibuat tiap hari sampaikan rasa nak ambik MC pun ada"
Waalaikumsalaam,
Terima kasih atas pertanyaan. Saya akan jawab sebaik mungkin.
TBM bertujuan untuk komunikasi. Ia adalah lebih kepada komunikasi satu hala dari management kepada pekerja.
Objektifnya pelbagai. Sekiranya objektif sudah tidak tercapai maka wajarlah disemak semula program tersebut.
Pada pengalaman saya dahulu kami pun ada program ini setiap hari. Setiap hari kami akan share HSSE inspection findings. Sehinggalah kami perasan pada setiap hari findings yang sama je yang diutarakan.
So selepas 6 bulan lakukan begitu, kami review supaya jadi setiap minggu.
Dan kami maintain sehingga hari ini.
=====================================================================
Antara cara kreatif kami untuk membuatkan TBM itu seronok dan aktif adalah:
1. Rancang tema untuk satu tempoh. Seperti 3 bulan contohnya. Dan setiap sesi TBM ada topik yg hendak diperkatakan.
Contoh tema ialah seperti HIRARC Bermula dengan hazard identification, kemudian risk assessment dan kemudian risk controls.
2. Libatkan orang lain juga ke dalam TBM itu. Kami punya jadual setahun untuk orang yang berbeza utk buat pembentangan dalam TBM itu.
3. Hadiah- berikan hadiah untuk kuiz yang diadakan dalam TBM itu.
4. Gunakan siri video NAPO untuk sesi TBM itu. Kemudian tanya pekerja apa yang mereka pelajari dari TBM itu.
Secara dasarnya TBM juga melibatkan kos. Kos man hours yang mana bukan sedikit jumlahnya.
Jika seorang pekerja dibayar RM8 sejam, yang hadir pula 100 orang, TBM pula 26 hari sebulan Itu sudah berjumlah RM 20800 sebulan. Belum lagi kira gaji supervisor atau manager yang turut serta.
Oleh itu sebagai pengamal SHE, WAJIB kita pastikan sesi itu bermanfaat kepada pekerja dan majikan.
Azahan Safetyman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan