JKKP tiba- tiba hadir di pintu pagar anda.
Sudah tentu anda akan berasa cuak bukan? Jadi kelam kabut ayam sebentar sebab tak tahu nak buat apa.
Berikut adalah tips yang saya amalkan untuk melayan lawatan dari JKKP atau agensi yang lain.
1. Ucapkan selamat dan tanya apakah tujuan lawatan tersebut.
2. Berikan kerjasama dan telus.
3. Sediakan PPE atau peralatan lain yg diperlukan utk lawatan tersebut seperti lampu picit atau kain buruk.
4. Panggil orang dari jabatan berkenaan untuk sertai lawatan tersebut. Contohnya penyelia jabatan penyelenggaraan.
Maklumkan juga bahagia operasi anda tentang lawatan tersebut. Minta mereka bertenang dan bekerjasama untuk menjayakan lawatan tersebut.
5. Beri jawapan yang terbaik dan bertanggungjawab jika ditanya.
6. Sediakan juga rekod yang berkaitan. Secara minimumnya buku log JKKP dan chop syarikat lah.
7. Ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan lawatan tersebut.
8. Belanja makan is subjektif. Saya hanya lakukan ini atas dasar membina rapport dan maintain hubungan yang baik. Asasnya jika anda telah berjumpa dengan pegawai itu sekalu, maka anda akan jumpa lagi dalam masa akan datang.
Selamat berkhudmat :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan