Isnin, 9 Disember 2013

Kisah Seorang Trainer Yg Tidak Kompeten

Saya pertama kali didedahkan dengan keseronokan training pada awal penglibatan saya dalam SHE.
Bos saya pada masa itu menerangkan bagaimana nak buat training di hujung minggu, rate yang diterima dan banyak lagi lah.
Kemudian saya dapat peluang melakukan training apabila melanjutkan pekerjaan di syarikat lain. Walaupun atas nama induction sahaja.
Menjadi ketagih bila dapat pujian "Good presentation!" dan "very informative".
Tapi kemudian saya tersedar tentang dua perkara. Yang pertama banyak peserta kelas saya yang layu dalam kelas.
Yang kedua saya rasakan kelas saya tidak efektif. Terrlalu banyak topik yang nak diajar dan terlalu sedikit masa. Walau diberi 8 jam masih juga tidak cukup.
Sehinggalah saya hadir ke kelas Professional Learning Fasilitator oleh @Mohd Rizal Hassan dan juga Train The Trainer oleh PSMB.
Tahulah saya bahawa selama ini saya syok sendiri. Peserta entahkan faham atau tidak, kelas yg tiada objektif dan aliran pengajaran yang bertaburan.
Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah tiada lagi peserta yang tidur di dalam kelas saya. Maklumbalas juga semakin lebih dari sekadar "Good presentation".
Jika anda memerlukan bantuan dan tunjuk ajar anda boleh letakkan komen di bawah.
In sha Allah akan saya bantu sehabis baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan